Sunday, January 24, 2010

11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman

Wallahua'lam

11 jenis manusia didoa Malaikat PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. “Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”
Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’ ”

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu’alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah

Wednesday, January 20, 2010

SUMBANGAN KAWAN....

Salam untuk kawan-kawan semua,

Saya nak kongsi cerita pasal roti canai yang menjadi kegemaran kebanyakkan dari kita. Seorang kawan namanya Azizah telah bercerita tentang roti canai di sebuah restoran mamak yang agak besar di Sekincan, Selangor (satu pekan berdekatan dengan Sungai Besar). Saya dan famili memang selalu juga makan roti canai di restoran mamak ni.

Seorang kawan Azizah masa tu tengah praktikal di Jabatan Perlesenan (kalau tak silap) pergi memantau ke restoran mamak ni pada waktu malam. Apa yang dia tengok malam tu ialah pekerja restoran tu menguli tepung roti canai tak guna tangan tepi gunakan kaki..... katanya sebab tepung tu banyak sangat tak larat nak gunakan tangan.

Ini memang kisah benar...... dan kita memang tak boleh buat apa kalau dah makan roti canai yang diuli dengan cara tu.

Jadi saya nak cadangkan kalau nak makan roti canai :

Siasaat dan pastikan roti canai tu diuli dengan mesin penguli
Beli aje roti canai ready made & frozen yang ada di pasaraya atau kedai runcit
Makan roti canai di kedai melayu yang hanya ada jualan roti canai pagi atau malam.
Belajar dan buat sendiri roti canai kat rumah

Ekoran dari cerita ni, dah sampai masa kita semua mula mengurangkan makan roti canai tiap-tiap hari dan teh tarik.

Roti canai mengandungi lemak yang tinggi (dll yang tinggi) dan teh tarik pula tinggi kandungan gula (walaupun kurang manis) so both are not good for our health tapi sedap di tekak kita je.. nanti badan yang merana.

Lagipun dengan perkembangan teknologi, menghadkan pergerakan kita. Di pejabat ada e-mail tak perlu berurusan dengan pergi @ berjalan ke unit lain.. Kalau ada pun gerak ke tandas, bilik solat dan keluar makan.

Ada lif tak perlu panjat tangga. Parking betul-betul dekat dengan pintu pejabat dll. Balik kerja letih lepas solat duduk depan tv atau mengadap komputer.

Langsung tak ada pergerakan yang banyak menggunakan lemak atau membakar kalori yang kita dapat dari makan roti canai dan minum teh tarik tadi......

Pendek kata pada peringkat umur kita ni,
kena makan, makanan yang kita tak suka
kena minum, minuman yang kita tak suka
kena buat benda yang kita tak suka (senaman atau bersukan)

Bila badan sihat barulah kita boleh berjihad ke jalan Allah. Ini hanya satu perkara untuk dikongsi bersama supaya kawan-kawan semua menjaga kesihatan dengan baik.

Monday, January 18, 2010

TENJEWBERRYMUDS

TENJEWBERRYMUDS From the bottom of our hearts!




To get the full effect, this should be read aloud. You will understand what 'tenjewberrymuds' means by the end of the conversation. This has been nominated for the best email of 2007.

The following is a telephone exchange between a hotel guest and room-service, at a hotel in Asia, which was recorded and published in the Far East Economic Review:

Room Service (RS): 'Morrin. - Roon sirbees.'

Guest (G): 'Sorry, I thought I dialed room-service.'

RS: ' Rye .. Roon sirbees .. morrin! Jewish to oddor sunteen?'

G: 'Uh..yes. I'd like some bacon and eggs.'

RS: 'Ow July den?'

G: 'What?'

RS: 'Ow July den? ... pryed, boyud, poochd?'

G : 'Oh, the eggs! How do I like them? Sorry, scrambled please.'

RS: 'Ow July dee baykem? Crease?'

G: 'Crisp will be fine.'

RS : 'Hokay. An sahn toes?'

G: 'What?'

RS:'An toes. July sahn toes?'

G: 'I don't think so.'

RS: 'No? Judo wan sahn toes?'

G: 'I feel really bad about this, but I don't know what 'judo wan sahn toes' means.'

RS: 'Toes! toes!....Why jew don juan toes? Ow bow Anglish moppin we bodder?'

G: 'English muffin!! I've got it! You were saying 'Toast.' Fine. Yes, an English muffin will be fine.'

RS: 'We bodder?'

G: 'No ... just put the bodder on the side.'

RS: 'Wad! ?'

G: 'I mean butter...just put it on the side.'

RS: 'Copy?'

G: 'Excuse me?'

RS: 'Copy ... tea ... meel?'

G: 'Yes. Coffee, please, and that's all.'

RS: 'One Minnie. Scramah egg, crease baykem, Anglish moppin w bodder on sigh and copy .... rye?'

G: 'Whatever you say.'

RS: 'Tenjewberrymuds.'

Sunday, January 17, 2010

Wallahu'alam...

ASSALAMUALAIKUM
INI SAYA PEROLEHI DARI SEORANG RAKAN.. MOHON BACA DAN FAHAMI


Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging babi...sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu dibuat..

INI PERTAMA

Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini ceritanya:

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng KFC kepada jemaah haji Malaysia yang
sedang menunggu giliran sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA.
Maka Boss Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan laporan
kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk
sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda
pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/
hostel muda-muda terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja.

Satu persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada
jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan.

Oleh kerana ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung. Kita cuma perlu berhenti memakan KFC.

Saya sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC

Insyallah dan wallahualam.


INI KES YANG KEDUA

Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la..... Recently seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat
offer masuk KFC/Pizza Hut management trainee.

Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia
diberi penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya untuk training session dia.
Sepanjang waktu latihan, beliau diberi subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa bulan,
satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua daripadanya ialah perempuan.. Perempuan
sembelih ayam? Hmmm...macamana tu?.

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.)
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu
malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik itu sendiri.

Sudahlah mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai?
Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm.....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani
latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah ini..

Kita dapat lihat anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan
semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk
menarik pelanggan beragama Islam

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu
dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai.

Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat
sebut ' bis ' saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging,

Sepotong hadis nabi menyebut, mafhumnya,



'Setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka'


MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA
TERSELAMAT DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT..

Wassalam.

'Janganlah engkau menjadi lemah daripada seekor ayam
jantan, ia telah berkokok pada waktu pagi hari, sedangkan
engkau pada ketika itu masih terbaring di atas katilmu..'

5 PERKARA

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1-وجه جميل
1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3- صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan

سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
kata nabi saw

من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه
siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في
dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Semoga mendapat manfaat.

Monday, January 11, 2010

KALIMAH AGUNG...Renung-renunglah...

Subhanallah...

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W

" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah
pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah
jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah
jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah..

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah
sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari
tafsir hanafi, mudah- mudahan ingat, walau lambat-lambat
mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi
bisa, karena sudah biasa!

Kerana orang dia ada kerja....SEBALIKNYA!!!!

Salam..

Pagi tadi sewaktu pergi kerja dalam kereta di sebuah simpang traffic aku terpandang seorang ibu tua menyapu sampah di tepi jalan... dia sungguh tekun melakukan kerjanya mengutip sampah.. di tangan kirinya memegang penyodok sampah dan di kanannya sambil menyapu bekas, botol, tin, plastik minuman, kertas dan berbagai-bagai lagi yang dibuang tepi jalan..

Aku terpanggil menulis kerana .... Sikap-sikap pengguna jalan raya yang kurang kesedaran sivik membuang sampah di tepi jalan... Cuba kita bayangkan sekira perempuan tua ni tidak diambil berkerja untuk membersihkan tepi jalan-jalan raya kita ini...apa yang akan berlaku... mesti keadaannya menjadi legih buruk dan teruk.. seterusnya kan menjadikan keadaan bumi kita ini semakin tidak sesuai untuk dihuni... sebab dipenuhi oleh sampah sarap yang kita buang sendiri..

Oleh itu.. marilah kita berubah kepada abiat membuang sampah di dalam tong sampah .... agar ianya dapat dibuang di tempat yang disediakan...

Fikir-fikirkan lah....

Amal Yang Paling Dicintai Allah

Amal Yang Paling Dicintai Allah

قَالَ رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
أَيُّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ..؟، قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى وَقْتِهَا قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قَالَ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّه (صحيح البخاري)

Nabi saw ditanya : “Amal apa yang paling dicintai Allah?, sabda Rasulullah saw : Shalat pada waktunya. Lalu apa?, sabda beliau saw : Bakti pada ayah bunda. Lalu apa?, sabda beliau saw Jihad di Jalan Allah” (Shahih Bukhari)

Fikir - fikirkan lah

Sunday, January 10, 2010

Kebakaran yang tak disengajakan....

Semalam..atas semangat yang berkobar-kobar lepas balik ambil Miera kelas tambahan teruslah pergi ke belakang rumah... Hati ni seronok nak membakar rumput yang dah kering sehari sebelum tu dimesin... Waktu pun dalam pukul 2.30 ptg .. matahari tengah terik di atas kepala dan keadaan rumput semuanya dah hanpir kering...

Dengan menggunakan lighter dapur tu aku terus menyalakan api.. Tak sangka pula ketika itu angin tengah sepoi-sepoi bahasa.. apa lagi di sambarnya terus ke pada lalang yang masih tinggi hampir kekepala tu dengan sekelip masa... Tak sampai 2 min aje Api merebak dengan cepatnya ... Apa lagi tergopoh-gapahlah semua keluar untuk memadankan api.. ambil baldi, tarik paip getah air dan tebak pokok kelapa unutk guna pelepahnya memadamkan api tu... setelah bertungkus lumus hampir 25 min..alhamdullilah api terus pelahan dan mati sedikit demi sedikit...

Tuhan maha berkuasa dan membantu .. kerana Miera tak henti-henti membaca doa memohon hujan agar dapat memadam kan api...Walaupun ketika itu hujan tidak turun..tetapi api semakin perlahan-lahan menjadi kecil dan terus padam.. ... kebesaran allah..

Tak sangka kejadian ini merebak kepada hampir 5 buah rumah di kawasan belakang.. Alhamdullilah tiada kejadian buruk berlaku...cuma tangan aku melecur sedikit terkena api... Pakaian menjadi hitam semuanya... Selepas kejadian itu aky dan ita terus lepak keletihan.. lebih buruk lagi...aku sampai muntah 2 kali kerana kehilangan tenaga yang amat sangat....

Pengajarannya : Api bila kecil menjadi kawan tetapi apabila besar menjadi lawan....

Ingat-ingat lah selalu....

Saturday, January 9, 2010

TMN Travel & Tours krusus Umrah

Salam..

Pukul 9 pagi tadi ada menyertai krusus Umrah anjuran travel agensi tersebut... alhamdulillah dapat sedikit ilmu dan berjumpa serta berkenalan dengan Ustaz Ali Sobri...

Semoga mendapat keberkatan darinya...Amin

Sekian wassalam..

Thursday, January 7, 2010

Bekas YB & Makanan Tanah & Langit !!!!

Alhamdullilah...

Baru balik sembahayang Jummat.. Hari yang bertuah ini dapat berjumpa dan berimankan Dato Seri Nizar.. Baru pagi tadi bara cerita kereta beliau accident disurat khabar.. Rupanya dia berada di Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan rawatan... Nampaknya taklah serious sangat ..cuma ada luka-luka saja sedikit di pipi.. Alhamdullilah

Tak sangka yang Iman masjid menjemput beliau mengimankan solat Jumaat di Masjid Muhibudin hari ini.. Memang beliau seorang pemimpin.. Yang manpu ketepi dan ketengah.. lebih-lebih lagi dalam soal agama.. Pemimpin yang berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama yang tinggi sepatutnya kita pilih sebagai pemimpin...

Sepertkara lagi hari ini dalam "Tazkirah Jumaat" ada menyebut 5 perkara yang Allah swt beri..yaitu..

Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Hidup sebelum mati


Sambil itu Ustaz Tarmizi ada juga menyebut tentang FITRAH Manusia.. Manusia memerlukan makanan daripada tanah dan langit.. Tanah seperti nasi, susu dari lembu yang memakan rumput diatas tanah, ikan yang didalam laut dan didasarnya ialah tanah...
Manakala makanan dari langit ialah "Wahyu" .. yang diturun oleh Allah swt..
Fikir- Fikir lah...

Sekian untuk tatapan..

HARI YANG SIBUK

Salam…

Alhamdullilah telah selamat mengerjakan solat Doha sebentar tadi.. semoga mendapat keberkatan daripada ALLAH swt.

Hari ini banyak kerja yang perlu dilunaskan… Claim, nak ambil stock, meeting dengan bekas komander TLDm untuk rancangannya membuka collection center. Semoga ALLAH mempermudahkan tugasan hari ini..

Pagi tadi Kak Nor telepon bertanyakan tentang Air Zam-Zam dan hadiah untuk Upah Haji yang dibuat.. Saya memberitahu bahawa, Travel agent masih menunggu kiriman Air Zam-Zam tersebut..

Jadi sekiranya mereka telah menerimanya.. insyallah saya akan hantarkan dirumah.. Sambil tu saya bertanyakan Kak Nor sekiranya berhajat nak pergi Umrah pada tahun ini.. Beliau berkata masih dalam perbincangan dengan Abang Hashim..moga tuhan mengerakkan hati mereka...

Moga-moga usaha yang dilakukan ini akan diberkatinya…insyallah

Wallahu'alam...

Untuk Pengetahuan Kite Bersama....

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya
Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal
puluh ribu tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk
menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt.
melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin
Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh).
Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang
Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling
suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu
ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau
menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Temp at tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan,
lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.

6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di
perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala
Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi
Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa
bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila
pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab
jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik
nasib, pembohong... . ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga
Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan
tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di
hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan
tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman
pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah mangkat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu
tengah malam.. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di
larang juga buang air di lubang-lubang (tanah)..

9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah
yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca
surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3
hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu
suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7
~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9
kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang
yang di rasuk.

Tuesday, January 5, 2010

Aiman

Hari ini ..Aiman akan menguruskan dirinya sendiri untuk ke sekolah... waktu dia kena bersedia ialah pukul 10.30.. lepas tu tunggu van sekolah datang pukul 11.30pagi..

Aku doakan semoga dia akan berubah dan menjadi insan yang baik..Amin..

Kena remind Ibunya untuk telepon dia nanti..

Berdebar-debar untuk menunggu perubahan ini...

Sekian

Kisah Anak - Anak

Gembira mendengar yang Siti Umairah di masukkan ke kelas pertama di sekolahnya..alhamdullilah pencapaiannya meningkat sedikit berbanding dengan tahun-tahun sebelumm... Lebih membanggakan perlantikannya sebagai Pengawas sekolah Seri Al Ummah.. semoga ini akan menjadikkan titik perubahannya menjadi insan yang lebih matang dan bertanggungjawab..insyallah

Siti Maisarah pun menunjukkan peningkatannya semasa peperiksaan yang lalu.. Tahun ini dia di naikkan ke kelas nombor satu kerana berjaya berada dalam kelompok pelajar terbaik.. Aku doakan semoga pencapaiaanya akan terus kekal dan meningkat sedikit demi sedikit...

Aiman memulakan kelas tingkatan satu nya semalam... alhamdullilah dia boleh menyesuaikan diri ini dengan keadaan di sekolah baru.. Aku memohon agar keadaan dan kelakuannya akan berubah dan terus matang .. insyallah..

Siti Syahirah pula bersekolah hari ini.. di baru 3tahun 8 bulan.. Kalau dibandingkan dengan adik beradik yang lain ..dialah yang memulakan sekolah paling muda .. moga-moga dia akan menjadi anak yang solehah..

Alhamdullilah semoga ALLAH swt akan memberkati kita sekeluarga...

Sekian....

Monday, January 4, 2010

Power Stering Pump...406

Salam...

Satu Ipoh mencari benda ini.... Barulah tahu bahawa semua Kedai Potong kereta ini mempunyai network yang hebat... KL, Penang JB dan merata -rata..

Apabila mereka mendapat info contactnya ada barang tu..terus tukar cakap cina..supaya harga boleh dimainkan.. Hanya satu je kedai yang aku dapat dengan RM350 .......Tapi apabila tokey tu dapat tahu terus dia make up sampai RM420.. bayang kan...mahal nya...

Tapi..alhamdullilah akhirnya jumpa juga yang harganya boleh tahan..hanya Rm 280.. tapi tadi bawa tak cukup duit pulak... dah janji dengan tokey tu nak datang balik... minta-minta barang tu eloklah apabila dipasang nanti.....

So PENGAJARANnya hari ini...

Kalau boleh cuba cari setiap kedai satu-satu dengan sendiri..at least kita berpuas hati kerana dapat tengok benda tu sendiri...

Jadi ambillah ini sebagai satu peringatan.. dari pengalaman sendiri...

Sunday, January 3, 2010

Renung-Renunglah............

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA



Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Wallahualam"

Rezeki Pagi Ini

Alhamdullilah...

Dah selamat menunaikan Solat Doha 2 Rakaat sebentar tadi...rasa hati sedikit gembira untuk memulakan tugas di pejabat

Allah sungguh maha kaya dan lagi pemurah .. tidak pernah mungkir menunaikan permintaan hambanya ..........

Kenapa aku berkata begitu kerana...baru saja menerima panggilan telepon dari Shell Kuala Lumpur.. memberitahu terpilih sebagai pemenang mingguan Shell.. Ms Valery memerlukan menjawab satu soalan... " Berapa kah jumlah tertinggi wang yang diberi dalam pertandingan ini" Jawapanku Rm100 ribu.. beliau terus menjawab "Tahniah" anda pemenang mingguan ini dan berjaya mendapat RM100 dan Bonuslink point sebayak 100..

Ms Valery memohon untuk pengesahan butiran peribadi dan alamat... beliau kata dalam masa 4 minggu , courier itu akan sampai bersama cek... Beliau juga memberi nombor telepon untuk dihubungi sekiranya tidak menerima apa-apa dalam tempoh bulan kedua.. No nya ialah 0321662007..

Sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran kehadrat illahi dengan limpah kurnianya ....

Wasalam....

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah

Renung-renunglah....

WALLAH U'ALAM...

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat
kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah
kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan
dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh
perkara."

1: HAK KEPADA DIRI.
Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan
percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan
kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat
persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR
Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing
merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan
nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)
Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan
sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI
AKHIRAT)
Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka
membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)
Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada
ibubapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan
memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)
Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala,
bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW
Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat,
bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan
bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT
Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari
kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sumber : Email Yahoo Group

SEMOGA MENJADI PEDOMAN UNTUK KITA SEMUA..

Giant !! Gaint !!

Bismillah...

Tujuan utama cuma nak beli pampers, sedikit makanan dan benang... tak sangka pulak boleh habis sampai Rm213.50.. duit-duit.. macam air... semuanya penangan Pasaraya GIANT...

Pengajaran hari ini, bawa hanya duit cukup-cukup je unutk beli barang yang perlu.. dan jangan bawa Kredit Kad...

Sekarang sapa yang susah..... sendiri juga susah

Saturday, January 2, 2010

Pagi yang kelam kabut....

Salam...

Hari ini pagi-pagi dah kelam kabut pergi rumah orang kahwin kat silibin.. sebab dah tersalah hantar meja...tak cukup... macam mana orang tu nak kenduri...

Alhamdullilah semuanya dah settle....

Pengajarannya ialah... "sentiasa check apabila melakukkan sesuatu tugas itu"....

Friday, January 1, 2010

Salam ...

Terharu..dengan kehendaknya ..blog ini terbina dan terhasil..

Moga kesedaran agar kekal dan seterusnya menjadi titik tolak perubahan