Monday, January 11, 2010

Kerana orang dia ada kerja....SEBALIKNYA!!!!

Salam..

Pagi tadi sewaktu pergi kerja dalam kereta di sebuah simpang traffic aku terpandang seorang ibu tua menyapu sampah di tepi jalan... dia sungguh tekun melakukan kerjanya mengutip sampah.. di tangan kirinya memegang penyodok sampah dan di kanannya sambil menyapu bekas, botol, tin, plastik minuman, kertas dan berbagai-bagai lagi yang dibuang tepi jalan..

Aku terpanggil menulis kerana .... Sikap-sikap pengguna jalan raya yang kurang kesedaran sivik membuang sampah di tepi jalan... Cuba kita bayangkan sekira perempuan tua ni tidak diambil berkerja untuk membersihkan tepi jalan-jalan raya kita ini...apa yang akan berlaku... mesti keadaannya menjadi legih buruk dan teruk.. seterusnya kan menjadikan keadaan bumi kita ini semakin tidak sesuai untuk dihuni... sebab dipenuhi oleh sampah sarap yang kita buang sendiri..

Oleh itu.. marilah kita berubah kepada abiat membuang sampah di dalam tong sampah .... agar ianya dapat dibuang di tempat yang disediakan...

Fikir-fikirkan lah....

No comments:

Post a Comment