Thursday, January 7, 2010

Bekas YB & Makanan Tanah & Langit !!!!

Alhamdullilah...

Baru balik sembahayang Jummat.. Hari yang bertuah ini dapat berjumpa dan berimankan Dato Seri Nizar.. Baru pagi tadi bara cerita kereta beliau accident disurat khabar.. Rupanya dia berada di Hospital Besar Ipoh untuk mendapatkan rawatan... Nampaknya taklah serious sangat ..cuma ada luka-luka saja sedikit di pipi.. Alhamdullilah

Tak sangka yang Iman masjid menjemput beliau mengimankan solat Jumaat di Masjid Muhibudin hari ini.. Memang beliau seorang pemimpin.. Yang manpu ketepi dan ketengah.. lebih-lebih lagi dalam soal agama.. Pemimpin yang berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama yang tinggi sepatutnya kita pilih sebagai pemimpin...

Sepertkara lagi hari ini dalam "Tazkirah Jumaat" ada menyebut 5 perkara yang Allah swt beri..yaitu..

Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sempit
muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Hidup sebelum mati


Sambil itu Ustaz Tarmizi ada juga menyebut tentang FITRAH Manusia.. Manusia memerlukan makanan daripada tanah dan langit.. Tanah seperti nasi, susu dari lembu yang memakan rumput diatas tanah, ikan yang didalam laut dan didasarnya ialah tanah...
Manakala makanan dari langit ialah "Wahyu" .. yang diturun oleh Allah swt..
Fikir- Fikir lah...

Sekian untuk tatapan..

No comments:

Post a Comment